Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

NCCIM tubuh Majlis Belia bantu kekalkan kemajuan ekonomi negara masa depan

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan  Malaysia (NCCIM) hari ini melancarkan pembentukan Majlis Belia bagi membantu memastikan pencapaian  ekonomi, kewangan dan lojistik negara sejak 60 tahun lalu dapat dikekalkan dan ditingkatkan.

NCCIM tubuh Majlis Belia bantu kekalkan kemajuan ekonomi negara masa depan
Tan Sri Ter Leong Yap

Presidennya, Tan Sri Ter Leong Yap berkata, pembentukan majlis itu akan memupuk generasi pemimpin muda berbilang kaum dalam mencapai hasrat itu.

“Tujuan utama majlis ini adalah melahirkan semangat keusahawanan dan membentuk jaringan perniagaan dalam kalangan belia.

“Majlis Belia ini juga akan mengumpulkan kekuatan belia pelbagai kaum, meningkatkan interaksi antara mereka dalam mengukuhkan asas keharmonian antara kaum dan perpaduan negara,” katanya pada majlis Moments of Unity 2.0 di  sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain