.

Ketua ASEAN dan Ketua Pegawai Eksekutif NAM Groupe PSA, Laurence Noël berkata, kumpulan pertama Peugeot 3008 1.6L Active yang dikeluarkan oleh NAM di Gurun, kEDAH dijangka tiba di Filipina pada hujung bulan ini.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan 4,000 kenderaan Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 1.6 THP akan berada di Filipina menjelang 2023.

“Filipina merupakan negara ASEAN pertama yang menerima kehadiran kereta kami di bawah AFTA.

“Lebih banyak kereta akan dieksport ke negara ASEAN lain tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naza dan Groupe PSA menandatangani penjualan saham dan perjanjian usaha sama pada Februari 2018 bagi menubuhkan operasi bersama NAM di Kedah sebagai hab pengeluaran ASEAN pertama bagi Groupe PSA.

Ini menandakan permulaan NAM dalam pengedaran jenama di bawah Groupe PSA seperti Peugeot, Citroen, DS dan Opel di rantau ASEAN. - UTUSAN ONLINE

HABIS...