“Bagaimanapun, kepada pelanggan yang tidak menepati kriteria permohonan, mereka akan dirujuk kepada anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) dan Divisyen Pembangunan Usahawan SME Bank (EDD) untuk khidmat nasihat atas talian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2018 dan PermohonanAtas Talian “MySMEBank” yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Razman, penyertaan tahun ini dibuka secara dalam talian bagi memudahkan para pelajar, guru dan pihak sekolah.

Sejak dianjurkan pada 2012 sehingga 2016, program tersebut menarik penyertaan daripada 409 sekolah melibatkan 1,344 pelajar dan 424 guru.

“Tahun ini pula, kami menerima lebih daripada 50 peratus penyertaan baharu dengan sebanyak 118 penyertaan diterima berbanding tahun lalu, 91 penyertaan,” katanya. UTUSAN ONLINE