Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Zainul Fadziruddin Zainuddin

Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Zainul Fadziruddin Zainuddin berkata, Bengkel Program Perbadanan Teknikal Malaysia (MTCP)-Pembangunan Pengkomersialan Ekosistem dan Keusahawanan MTDC selama lima hari itu merupakan usaha MTDC untuk membantu negara membangun yang menyertainya dengan program pembangunan masing-masing.

“Malaysia, menerusi MTCP, kekal komited kepada Kerjasama Selatan-Selatan yang merupakan elemen penting kerjasama antarabangsa bagi pembangunan yang menawarkan peluang berdaya maju untuk negara membangun dalam usaha mereka secara individu dan bersama untuk meningkatkan tahap pembangunan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bengkel itu dijadualkan dari 22 hingga 26 Julai telah menarik penyertaan 16 pembuat dasar dari Uzbekistan, Thailand, Tajikistan, Turkmenistan, Uganda, Jordan, Kyrgyzstan, Bosnia dan Herzegovina, Mauritius, Albania, Kepulauan Samoa, Nigeria, Bhutan, Filipina, Mesir dan Vietnam.

Topik yang akan dibincangkan pada bengkel itu termasuk dasar dan rangka kerja berkaitan proses pengkomersialan, pengesahan pasaran, pengkomersialan harta intelek (IP), pembiayaan, model perniagaan, kerjasama dan inkubasi universiti. - BERNAMA