SME Corp. Malaysia dalam kenyataannya berkata, program itu bertujuan mengiktiraf kepentingan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada negara itu juga menyediakan platform untuk usahawan mikro mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk pengunjung selain peluang untuk mendapatkan produk usahawan PKS.

“Seramai 100 usahawan Sarawak akan mempamerkan produk mereka dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan bantuan untuk PKS melalui kaunter informasi yang dikendalikan oleh kementerian dan agensi yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi juga turut berpeluang untuk menyertai aktiviti seperti pertandingan mewarna, spell it right, [email protected], group business challenge, best business plan challenge dan SME Treasure Hunt.

Tambah SME Corp. Malaysia, aktiviti lain termasuk sesi padanan perniagaan bersama pasar raya besar, ceramah perniagaan, karnival jualan tran makanan, demonstrasi mencanting batik dan demonstrasi masakan tradisi.

Minggu Keusahawanan dan PKS itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan. - BERNAMA