Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, kempen tersebut dilancarkan pada bulan lepas bagi membina momentum untuk mencapai sasaran jualan 900,000 kendera­an pada suku ketiga tahun ini.

Menurut beliau, sebanyak tiga model Honda akan diberikan kepada pemenang peraduan yang dianjurkan oleh Astro Radio, Tealive dan Unifi.

“Kerjasama dengan jenama tempatan ini merupakan kali pertama buat Honda Malaysia yang mana ia menawarkan lebih nilai kepada pelanggan. Kempen ini menjadi platform penting kepada syarikat untuk memberi ganjaran kepada rak­yat Malaysia terhadap sokongan padu mereka kepada jenama Honda.

“Setakat ini Kempen Road to 900,000 Unit Milestone mene­rima penyertaan yang mengga­lakkan. Kami percaya kempen ini akan meningkatkan keseronokan pe­langgan apabila memiliki sebuah kereta Honda,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan pemenang pertama, Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi yang membawa pulang Civic 1.5L Turbocharged dan penyampaian hadiah akan dibuat pada hujung September.

Tambah Ishiyama, tinggal lapan model lagi untuk diberikan kepada pemenang dan mereka boleh menyertainya di 90 pusat pengedar Honda dan jelajah Kempen Road to 900,000 Unit Milestone di seluruh negara.

Katanya, jelajah tersebut akan berlangsung dari Ogos hingga September dan lokasi­nya akan dimaklumkan melalui laman web rasmi dan Facebook Honda Malaysia.

“Untuk menyertai kempen ini pelanggan perlu mendaftar butiran peribadi menerusi kod respon pantas (QR) atau lawati laman web kempen sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti atau peraduan untuk mendapatkan tiket.

“Antara aktiviti yang dijalankan seperti mencari logo kereta tersembunyi, pandu uji, menempah dan mendaftarkan model Honda serta servis kereta di mana-mana pusat servis Honda bertauliah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran pertandi­ngan. Semakin banyak tiket yang dikumpul, semakin besar peluang untuk menang,” ujarnya.