Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh

MBMR dalam kenyataannya berkata, Aminar Rashid dan Fay Lee menggantikan ahli lembaga pengarah yang bersara iaitu [email protected] Ghazali dan Mustapha Mohamed.

Katanya, pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MBMR pada Mei lalu.

“Pada masa sama, Datuk Abd. Rahim Abd. Halim yang memegang jawatan Pengerusi MBMR sejak 2007 telah mengumumkan persaraannya daripada lembaga pengarah sebagai Pengarah dan Pengerusi.

“Walaupun Abd. Rahim akan meninggalkan syarikat, namun lembaga pengarah tetap komited untuk memastikan kesinambungan selain membuat beberapa perubahan dalam komposisi lembaga pengarah supaya kekal fokus terhadap perancangan serta strategi yang memacu pertumbuhan MBMR,” katanya di sini hari ini.

Jawatan Pengerusi MBMR kini disandang oleh Aminar Rashid.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dari November 2009 hingga 2012 dan kemudiannya menjadi Presiden serta Pegawai Eksekutif Kumpulan Perodua bermula 2013 hingga Disember 2018. - UTUSAN ONLINE