Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Maybank Indonesia mampu berdepan krisis

bangunan Maybank Indonesia. 2
bangunan Maybank Indonesia.

KUALA LUMPUR 16 Julai – PT Bank Maybank Indonesia Tbk (Maybank Indonesia) mampu berdepan apa jua krisis berdasarkan kepada pembinaan asas yang kukuh yang telah di­terapkan oleh unit perbankan Malayan Banking Bhd. (Maybank) itu, demikian menurut Pengarah Presidennya, Taswin Zakaria.

Beliau yang mula menerajui Maybank Indonesia pada November 2013 tidak asing lagi dalam sektor perbankan di Indonesia dan sudah pun melalui dua krisis kewangan sebelum ini pada 1997/1998 dan kemudiannya 2008.

Beliau mengambil alih ke­pimpinan Maybank Indonesia yang sebelum ini dikenali sebagai PT Bank Internasional Indonesia Tbk (sebelum proses penjenamaan semula pada 2015) pada ketika itu bank tersebut berhadapan dengan pendapatan yang perlahan setelah mencatat prestasi yang baik selama ini.

“Jika ada sekali lagi krisis, kami akan tetap melaksanakan segala pendekatan yang ada kerana dalam hal ini, saya yakin Maybank Indonesia telah pun dilengkapkan dengan asas yang kukuh untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan. Bagaimanapun, kita berharap, kita tidak perlu lagi berhadapan dengan satu lagi krisis kewangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Awal Julai lalu, agensi penarafan, Fitch Ratings menyatakan ekonomi Asia kini lebih bersedia untuk mengharungi kejutan dan tekanan kewangan luaran berikutan penampan yang telah dibina serta pembaharuan yang dilaksana selepas krisis kewangan Asia, yang berlaku 20 tahun lalu.

Taswin berkata, peralihan daripada kadar pertukaran tetap kepada lebih fleksibel adalah satu daripada perbezaan penting bermula dari 1997, dengan menambah, empat negara yang terjejas teruk, iaitu Korea Selatan, Indonesia, Malaysia dan Thailand te­lah menambat atau menguruskan mata wang mereka dengan ketat pada ketika itu.

Maybank Indonesia merupakan satu daripada bank terbesar di Indonesia dengan 425 cawa­ngan termasuk cawangan syariah, pejabat pelbagai fungsi dan cawangan luar negara termasuk 1,605 ATM (dan mesin deposit tunai) di seluruh Indonesia.

Setakat ini, Maybank Indonesia mempunyai jumlah aset lebih daripada 165 trilion rupiah (RM52.9 bilion) manakala 21 trilion rupiah (RM6.73 bilion) daripadanya adalah aset Islamik dan merupakan antara lima bank syariah terbesar di negara tersebut.

Maybank Indonesia mencatat prestasi yang baik pada 2016 de­ngan keuntungan bersih 1.95 trilion rupiah (RM650.29 juta) atau peningkatan 71 peratus daripada tahun sebe­lumnya.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2017, Maybank Indonesia mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) 10.4 peratus kepada 490.1 bilion rupiah didorong oleh pendapatan bersih faedah (NII) yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain