Menurut kaji selidik oleh HSBC, Navigator: Made for the Future, syarikat berpendapatan inovasi sebagai pembolehubah perniagaan, dengan 34 peratus syarikat di Malaysia menyatakan bahawa inovasi penting untuk kejayaan mereka di masa depan kebanyakannya berada di atas purata global iaitu 26 peratus.

Sebenarnya, hampir semua (98 peratus) perniagaan di Malaysia merasakan bahawa inovasi sangat penting, sejajar dengan dapatan global.

Dalam satu kenyataan, Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Andrew Sill berkata, pelaburan bank dalam teknologi terkini untuk perdagangan digital akan terus berada pada skala utama dalam usaha meneruskan penambahbaikan pengalaman pelanggan.

“Kami aktif melabur dalam inovasi untuk meningkatkan interaksi kami dengan pelanggan, termasuk mengemas kini platform dalam talian dan melancarkan ciri-ciri digital baharu bagi memenuhi keperluan perniagaan dengan menyediakan platform yang mudah dan selamat,” katanya. - BERNAMA