“Varanasi ialah destinasi baharu kami di India mulai Mac. Kami mulakan dengan tiga penerbangan seminggu. Kami mendapat permintaan daripada penziarah dan pelancong bagi perkhidmatan ini,” kata Suresh Vanan, jurucakap syarikat penerbangan dari Malaysia itu.

Varnasi, bandar purba di tebing sungai Ganges, merupakan tapak penting untuk penziarah Hindu.

Suresh menjangkakan perkhidmatan itu juga akan menarik pelancong ke Malaysia dari bandar-bandar utama berhampiran Varanasi.

Malindo kini terbang 61 kali seminggu antara Kuala Lumpur dan sembilan bandar di India.

“Kedudukan kami baik di setiap laluan sejak memulakan perkhidmatan ke India pada Disember 2013. Ramai penumpang dari India menggunakan rantaian serantau kami dari Kuala Lumpur untuk menyambung perjalanan masing-masing ke Indonesia, Thailand, Australia dan Si­ngapura,” kata Suresh.

Penumpang sambungan menyumbang 60 peratus daripada pelanggan Malindo dari India. – BERNAMA