Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia terus sokong hubungan multilateral

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Malaysia akan te­rus menyokong hubungan multilateral ke­rana ia merupakan antara cara bagi negara yang mengamalkan ekonomi ter­buka menangani cabaran global semasa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, untuk itu, perjanjian perdagangan sama ada bilateral atau multilateral adalah pen­ting bagi negara perdagangan seperti Malaysia.

Katanya, Malaysia dan 10 lagi negara anggota Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) masih mencari pilihan untuk meneruskan perjanjian tersebut biarpun tanpa kehadiran Amerika Syarikat.

“Malaysia masih terbuka untuk perbincangan lanjut dan kami menjangka keputusan mengenai masa depan TPPA dibuat pada Sidang Kemuncak Pemimpin APEC di Da Nang, Vietnam pada tahun ini.

“Malaysia terus menjadi pragmatik dalam penglibatannya de­ngan seluruh dunia dan kami akan terus menyokong sistem multilateral terbuka,” katanya dalam ucaptama pada Forum Pertama Perniagaan Asia di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia telah berjaya menghasilkan pelbagai syarikat yang kompetitif di peringkat global dalam tempoh enam dekad ini.

Katanya, kejayaan itu terbukti memandangkan negara ketika ini adalah pengeksport mo­dal bersih de­ngan pelaburan langsung di luar negara berjumlah RM574 bilion pada suku kedua 2017 berbanding pelaburan langsung asing (FDI) yang diterima sebanyak RM557 bilion.

Tambahnya, syarikat-syarikat Ma­laysia melaburkan lebih banyak wang di luar negara dan ia sekali gus menunjukkan bahawa syarikat tempatan mempunyai kehadiran yang kukuh di peringkat antarabangsa.

“Kita mempunyai lebih daripada 1,000 syarikat Malaysia yang aktif de­ngan pelaburan di luar negara. Antaranya Sime Darby, SP Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Selain itu, Petronas turut mempunyai kehadiran di lebih 30 buah negara, manakala Axiata adalah antara peserta telekomunikasi terbesar di ASEAN dan juga yang pertama menawarkan perkhidmatan 4G LTE di rantau ini serta ba­nyak lagi contoh lain,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain