Pengarah Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing, Rachel Leong berkata, ruang permainan itu dibuka kepada orang ramai pada setiap hujung minggu selama lapan minggu bermula 9 September hingga 28 Oktober.

Katanya, Arts & Lights PLAY tidak mengenakan sebarang bayaran dan dibuka pada pukul 3 petang sehingga pukul 9 malam.

“Terdapat enam tunjang utama Arts & Lights PLAY iaitu kreativiti, keseronokan, pembelajaran, komuniti, bersantai serta mencuba sendiri dam pengalaman ini akan diperoleh menerusi aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang disediakan ialah Party with Hue, Pew Pew Pew, DiGi PLAYground dan Just Keep-Swimming.

“Enam tunjang ini diinspirasikan daripada Southville City yang menawarkan sebuah perbandaran yang mampan dan menyeluruh dalam menyediakan pengalaman kehidupan yang terbaik. Arts & Lights PLAY Southville City merupakan penganjuran kali kelima selepas pertama kali diperkenalkan pada November tahun lalu,” katanya dalam majlis pelancaran Arts & Lights PLAY di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE