Lapasar dibangunkan oleh syarikat permulaan, Tenderin yang mempunyai kepakaran dalam penyelesaian rantaian bekalan seperti e-pemerolehan, logistik, rumah gudang dan pembayaran.

MAHB dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan sistem e-katalog merupakan sebahagian daripada usaha transformasi pemerolehan organisasi itu selari dengan hala tuju digital, Airports 4.0.

“Dengan Lapasar kakitangan boleh membuat pembelian secara dalam talian dan dokumentasi manual akan dihapuskan sepenuhnya.

“Ini memudahkan proses pemerolehan kerana Lapasar merupakan platform dalam talian perniagaan kepada perniagaan (B2B) tunggal,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE