Mohamad Nasir Ab Latif
Mohamad Nasir Ab Latif

Bagaimanapun, beliau berkata, dana berkenaan terhad.

Mohamad Nasir berkata, dana pencen itu tidak memenuhi sasaran peruntukan aset sepenuhnya untuk segmen PEnya.

“Kami telah memperuntukkan 10 peratus daripada pe­la­buran kami dalam ruang alternatif yang terdiri daripada infrastruktur dan hartanah.

“Pelaburan PE kami kini berada pada empat peratus dan ha­nya separuh daripadanya dalam dana patuh syariah,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat kekurangan dana sedemikian di pasaran domestik dan antarabangsa meskipun peningkatan permintaan dari negara-negara Islam.

Beliau berkata, KWSP akan terus melabur dalam dana patuh syariah dan konvensional secara serentak.

“Cabaran utama adalah mencari dana PE patuh syariah.

“Kami akan terus meningkatkan pelaburan kami dalam dana konvensional dan kami ingin menggalakkan lebih banyak dana patuh syariah untuk tersedia di pasaran,” kata Mohamad Nasir kepada Bernama di luar acara Forum AVCJ Private Equity Venture-Malaysia di sini hari ini.

Bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2017, simpanan patuh syariah KWSP berjumlah RM820.71 juta daripada RM11.51 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburannya, manakala RM10.69 bilion dijana daripada simpanan konvensio­nalnya.

Simpanan syariah memperoleh pendapatannya semata-mata daripada bahagian aset patuh syariah, sementara pendapatan simpanan konvensional dijana oleh aset patuh syariah dan bukan patuh syariah.

Setakat 31 Disember 2016, nilai aset pelaburan KWSP meningkat sebanyak 3.92 peratus berban­ding tahun ke tahun kepada RM759.78 bilion daripada RM731.11 bilion.

Daripada jumlah aset pelaburan, seba­nyak 47.71 peratus adalah pelaburan patuh syariah manakala baki dilaburkan dalam aset tidak patuh syariah. – BERNAMA