Tidak ketinggalan, syarikat Hybrid Allied Dairy Company Sdn. Bhd. (HADC) dengan produk tenusunya berjenama Summerfield yang semakin mendapat sambutan.

Mengambil langkah berani dengan memperkenalkan produk tenusu bernutrisi tanpa pengawet, Summerfield semakin dikenali dan kini me­ngorak langkah lebih jauh untuk menjadi jenama produk tenusu terkemuka negara.

Pengurus Kanan Produk syarikat itu, Nurul Hidayah Borhan berkata, walaupun masih baharu di pasaran, mereka tidak takut untuk meneroka pasaran tempatan memandangkan Summerfield menawarkan pelbagai perisa susu segar dan yogurt yang lebih sesuai dengan ‘tekak’ rakyat Malaysia.

Katanya, produk susu mereka juga lebih berkualiti kerana mempunyai tarikh luput yang lebih pendek. Tarikh luput yang pendek menandakan susu dihasilkan tidak menjalani proses pempasteuran yang terlalu lama sehingga membunuh nutrisi yang ada dalam susu.

“Slogan kami Lebih pendek, lebih segar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber susu Summerfield sepenuhnya domestik melalui 11 petani kontrak termasuk dari Kluang, Johor. Lebih menarik, proses penghasilan susu segar jenama itu tidak melalui proses penyulingan melibatkan Hidrogen Peroxide yang berisiko meninggalkan sisa bahan kimia itu dalam produk seterusnya membahayakan kesihatan.

Melalui kajian terperinci dan berpanjangan, Summerfield menemui kaedah Teknologi Air Ozon dari Eropah untuk proses penyulingan susu yang lebih selamat dan mesra alam. Produk Summerfield juga dipastikan tidak mengandungi antibiotik haiwan seratus peratus.

Sekiranya pembaca mahukan produk susu segar dan yogurt yang sihat dan berkualiti, Summerfield adalah produk yang wajib dicuba.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan yang setia dan mahu mencuba Summerfield buat pertama kali, HADC bekerjasama dengan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) untuk memberikan kupon diskaun kepada pelanggan.

Kupon tersebut boleh didapati daripada akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia untuk setiap keluaran hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula awal Mei sehingga tamat pada Jun.

Kata Nurul Hidayah, Utusan dipilih sebagai rakan kerjasama memandangkan akhbar itu merupakan antara akhbar cetak yang paling banyak terjual di seluruh negara.

“Dengan promosi bersama Utusan, kita dapat capai lebih ramai pelanggan dan banyak tempat di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Promosi ini juga penghargaan kepada pelanggan yang setia bersama kami. Tambahan pula, dengan kupon diskaun yang kami berikan, ia sedikit-sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan pelanggan memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.

Untuk mendapatkan kupon diskaun tersebut, pembaca perlu memotong keratan muka depan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang memaparkan iklan kupon tersebut.

Pembaca kemudiannya boleh menebus kupon tersebut yang bernilai RM0.50 setiap satu di pasar raya terpilih iaitu Mydin, Tesco dan Giant.