Pengurus Besar Perolehan KTMB, Mohd. Hider Yusoff berkata, kerjasama berkenaan juga dilihat sebagai salah satu usaha KTMB menggalakkan sektor pelancongan tanah air melalui kehadiran pelancong Jepun.

“Seibu Railway merupakan sebuah syarikat besar di Jepun yang bukan sahaja terlibat sebagai pengendali kereta api, malah pendapatan mereka juga disumbangkan dalam sektor lain seperti hartanah, pelancongan dan bidang sukan. Jadi kita boleh belajar banyak dengan mereka,” katanya dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KTMB dengan Seibu Railway di sini hari ini.

Majlis MoU berkenaan disempurnakan oleh Mohd. Hider yang mewakili KTMB dan Presiden Seibu Railway, Wakabayashi Hisashi yang mewakili Seibu Railway. - UTUSAN ONLINE