Produk celak kening itu yang dijual pada harga RM29 seunit adalah keluaran ketiga syarikat berkenaan selepas bedak asas dan bedak tabur yang diproses dan dikilangkan di Korea Selatan bermula Mei lalu.

Pengasas Mermatte Malaysia, Siti Najaha Nasarath, 32, berkata, syarikatnya bermula sejak 2015 dan kini mempunyai lebih 50 stokis dan 300 ejen di seluruh negara.

Beliau berharap produk terbaharu ini mudah diperolehi pelanggan kerana hasil maklum balas, ramai yang mencari produk ini tetapi pihaknya masih kekurangan ejen dan pembekal khususnya di Kuala Lumpur, Johor dan Melaka.

“Perniagaan produk kosmetik Mermatte ini diwujudkan untuk membantu golongan wanita yang mahu menjalankan perniagaan sendiri, suri rumah, ibu tunggal dan penuntut institusi pengajian tinggi yang ingin mencari pendapatan tambahan.

“Untuk itu, kami mempelawa mereka menjadi sebahagian ahli kami atau lebih dikenali sebagai Mermatte Squads iaitu ejen dan pengedar produk kosmetik berkualiti tinggi dan mampu milik jenama Mermatte,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siti Najaha berkata, produk pertama yang dihasilkan adalah Mermatte Flawless Foundation yang mempunyai tekstur Moose Matte dan sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga ke hari ini.

Beliau yang merupakan anak jati Melaka dan bekas jururawat terlatih amat meminati bidang perniagaan dan kosmetik sejak di bangku sekolah dan mempunyai impian memiliki jenama kosmetik sendiri.

“Dengan moto syarikat ‘Serlahkan Dirimu’, produk-produk jenama Mermatte kini mula mendapat tempat di hati pengguna-pengguna dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei dan ia dijual pada harga mampu milik dan menjimatkan,” katanya.

Kesemua produk keluaran Mermatte Malaysia mempunyai sijil pengiktirafan Kementerian Kesihatan, ujian makmal dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Selain menyerlahkan kecantikan pengguna, produk Mermatte dapat merawat masalah kulit dengan adanya bahan-bahan aktif yang berkualiti tinggi, eksklusif serta terbukti berkesan. Para wanita yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ‘Mermatte' boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram, ­Mermatte Malaysia HQ.