Kontrak bulan semasa Julai 2019, September 2019 dan Disember 2019 masing-masing susut 6.5 mata kepada 1,651.5, 1,649.5 dan 1,648.5 manakala Ogos 2019 berkurangan 5.5 mata kepada 1,651.5.

Jumlah dagangan susut kepada 5,100 kontrak daripada 6,015 kontrak pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 26,680 kontrak daripada 27,198 kontrak, sebelum ini.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 0.17 peratus atau 2.79 mata kepada 1,655.40. - BERNAMA