Kontrak bulan Julai 2019 meningkat lima mata kepada 1,673, Ogos 2019 bertambah empat mata kepada 1,672.5, September 2019 naik tiga mata kepada 1,670 dan Disember 2019 melonjak 4.5 mata kepada 1668.5.

Bagaimanapun, jumlah dagangan merosot kepada 3,987 lot berbanding 5,776 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 23,202 kontrak berbanding 24,446 kontrak sebelumnya.

Penanda aras FBM KLCI meningkat 2.92 mata atau 0.17 peratus kepada 1,672.37. - BERNAMA