Pengurus Besar Kidzania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad berkata, kerjasama itu dijalankan sebagai langkah memperkenalkan penggunaan teknologi bayaran tanpa tunai e-Wallet atau dompet elektronik di taman tema tersebut.

“Kita mahu kanak-kanak celik mengenai kaedah kewangan masa kini yang lebih moden dan selamat iaitu pembayaran tanpa tunai.

“Melalui kerjasama ini kanak-kanak (pelanggan) boleh membuat bayaran hanya menggunakan aplikasi TNG KidZania e-Wallet ketika berkunjung ke sini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis MoU di antara KidZania Kuala Lumpur dengan TNG Digital.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Syahrunizam Samsudin.

Tambah Shahrul Nizar, buat masa ini pihaknya masih membuat perancangan dan sistem e-Wallet dijangka dapat digunakan dalam masa beberapa bulan lagi. - UTUSAN ONLINE