Gas Malaysia dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, hasil meningkat 15.5 peratus kepada RM1.74 bilion berbanding RM1.5 bilion sebelumnya terutama disebabkan oleh kenaikan harga gas asli dan tarif gas asli yang lebih tinggi.

Katanya, untuk tempoh enam bulan keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM90.18 juta berbanding RM88.29 juta manakala hasil meningkat 17.5 peratus kepada RM3.45 bilion berbanding RM2.94 bilion.

“Gas Malaysia menjangkakan peningkatan tahunan dalam jumlah jualan gas asli dan bilangan pelanggan akan bertahan dalam tahun kewangan 2019.

“Keuntungan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dijangka seiring dengan tahap yang mencerminkan rangka kerja mekanisme penetapan tarif yang lazim,” katanya. - BERNAMA