Jangan salah anggap de­ngan R-Line itu kerana ia bukanlah sebuah versi R, tetapi ia telah disolek seperti model R pada kerangkanya dan bukan pada talaan enjinnya. Namun begitu ia masih menarik dan masih boleh dilabelkan sebagai kereta idaman jika tidak dapat memiliki Volkswagen Golf GTI apatah lagi Golf versi R.

Keluarga Golf yang baharu ini mengekalkan karisma model-model terdahulu dengan reka bentuk tersendiri. Ia kini ditambah baik bersama perincian baharu seperti bampar yang direka semula. Untuk Golf R-Line ia mengambil konsep bampar Golf R dengan lubang pengudaraan yang besar di kiri dan kanan. Tiada lampu kabus untuk model ini.

Pada jeriji radiator sebelah kanan tercatat logo R-Line dan di sisi kiri dan kanan sisi badan hadapan.

Lampu Utama

Lampu utama juga ditambah baik seolah-oleh kelihatan agak tirus. Lampu nyalaan siang (DRL) jenis LED diberi perwatakan baharu dengan lebih cantik. Lampu membelok pula lebih dinamik seperti yang ada pada model Audi.

Reka bentuk lampu belakang juga sama seperti model terdahulu tetapi jenis LED. Susun atur cahaya juga lebih terang dan menarik pada sebelah malam.

Pada bampar belakang, ia seolah-olah dipasang dengan dua lubang ekzos tetapi sebenarnya hanya ada satu ekzos sahaja.

Jentera ini menggunakan rim aloi Singapore 17 inci dengan tayar bersaiz 225/45. Ternyata ia menghasilkan imej sporty.

Kerusi kulit Vienna

Golf R-Line didatangkan dengan tempat duduk kulit ‘Vienna’, Kerusi juga separa buc­ket dengan jahitan logo R-Line. Papan pemukanya juga masih sama dengan karektor berkotak.

Roda stereng juga kecil sedikit dengan balutan kulit yang menghasilkan cengkaman tangan pemandu yang lebih kemas. Butang kawalan juga disertakan pada stereng tanpa butang penukaran gear.

Butang penghidup enjin pada kotak transmisi, Dengan kata lain, susun atur lebih kepada Golf versi R. Paparan Info Aktif bersaiz 12.3 inci, komposisi media bersaiz 8 inci dengan App-Connect.

Pemanduan

Tidak lama memandu setelah mengambil jentera ini dari ibu pejabat Volkswagen di Bangsar, lampu amaran tayar kekura­ngan angin tertera pada skrin paparan info aktif.

Alamak, ini membuatkan penulis rasa risau. Usaha dibuat dengan mengisi angin di ste­sen minyak, tetapi gagal. Golf R-Line ini disertakan dengan sistem tekanan tayar yang dipaparkan pada skrin secara automatik jika salah satu tayar kehilangan tekanan.

Akhirnya, dengan bantuan Dawn Ling, Penolong Pengurus Perhubungan Awam Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akhirnya masalah itu dapat diatasi dengan menekan reset apabila tayar diisi angin. Lega rasanya.

Golf R-Line ini menggunakan enjin 1.4 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa 150 PS @ 5,000 - 6,000 rpm dan 250 Nm @ 1,500 - 3,500 rpm. Kuasanya amat mengujakan dengan kemampuan memecut 8.2 saat dari 0-100 kilome­ter/sejam (km/j) dan kelajuan maksimum 216 km/j.

Ditambah dengan sistem differential lock elektronik Volkswagen XDS menjadikan R-Line ini stabil ketika membelok. Pengambilan selekoh yang agresif dengan kelajuan yang tinggi serta penggunaan tayar selebar 225/45/17 menjadikan ia kekal di jalan raya tanpa rasa olengan yang ketara.

Dengan kata lain, ciri-ciri yang ada pada Golf R-Line menjadikan ia sebuah kende­raan hatchback yang sempurna. Fizikalnya yang sesuai untuk keluarga dengan pemanduan santai dan pada masa yang sama boleh memecut tanpa halangan.

habis

Spesifikasi

Enjin: 1.4 liter TSI

Kuasa maksimum: 150 PS @ 5,000 - 6,000 rpm

Kuasa kilas: 250Nm @ 1,500 - 3,500 rpm

Transmisi: 7 kelajuan DSG (direct shift gearbox)

Pecutan 0-100km/j: 8.2 saat

Kelajuan maksimum: 216 km/j

Penggunaan minyak: 6.4 liter/100km

Harga atas jalan: RM174,110 (tidak termasuk insurans)

Volkswagen Golf R-Line

Harga

RM174,110 (tidak termasuk insurans)

Enjin

1.4 liter TSI

Kuasa maksimum

150 PS @ 5,000 - 6,000 rpm

Kelajuan maksimum

216 km/j

Kuasa kilas

250Nm @ 1,500 - 3,500 rpm

Transmisi

7 kelajuan DSG (direct shift gearbox)

Pecutan

0-100km/j

8.2 saat

Penggunaan minyak

6.4

liter/100km