Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keretapi laju KL-Singapura bakal sumbang RM21 bilion kepada negara

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dijangka menyumbang pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM21 bilion kepada Malaysia dan Singapura selain mewujudkan 111,000 peluang pekerjaan menjelang 2060.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata melalui pelan inklusif yang komprehensif, HSR dijangka memberi manfaat sosio-ekonomi yang penting kepada Malaysia dan Singapura.

"HSR KL-Singapura adalah pembawa perubahan dan ia akan menarik kawasan yang terpencil dengan lebih dekat, memacu pertumbuhan dan pembangunan serta membantu bandar-bandar di sepanjang laluan selain membuka potensi yang tersembunyi dengan menjadikannya dapat diakses, bukan hanya kepada pelancong, tetapi juga kepada pekerja dan pelabur," katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Antarabangsa HSR Asia 2017 Ke-4 di sini hari ini.

Beliau berkata projek HSR itu dijangka bukan hanya mengubah landskap pengangkutan tetapi turut mewujudkan manfaat ekonomi dan sosial dalam jangka masa panjang kepada Malaysia.

"Kami menjangka HSR akan meningkatkan jumlah pelancong dengan ketara di kedua-dua negara, dan di bawah konsep pembangunan berorientasikan transit, mewujudkan aktiviti ekonomi di sepanjang laluannya, termasuk dan tidak terhad kepada aktiviti perniagaan di kawasan sekitar stesen," katanya.

Beliau berkata terdapat banyak permintaan untuk perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura, seperti yang dapat dilihat melalui jumlah bas dan penerbangan yang merentasi sempadan antara kedua-dua bandar.

"Memperkenalkan sistem kereta api akan menawarkan pilihan yang kompetitif yang menjanjikan akan menjimatkan bukan hanya masa tetapi akan membawa kepada banyak peluang lain," katanya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat isu yang kompleks yang perlu diatasi termasuk pilihan pembiayaan, pengembangan rangkaian, peningkatan kapasiti, komunikasi dan keselamatan.

"Dalam hal ini, kerja-kerja sukar seperti kereta api berkelajuan tinggi yang merentasi sempadan tidak boleh dilaksanakan dengan melihat kepada anekdot semata-mata atau melalui contoh mudah - kita perlu menganalisis data yang komprehensif untuk mendapat hasil yang lebih kukuh," katanya.

Beliau berkata bersama dengan Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA), SPAD akan memastikan keselamatan terus menjadi pertimbangan utama dalam reka bentuk dan operasi HSR.

 Mohd Azharuddin berkata susulan kejayaan taklimat industri pertama yang diadakan di Singapura pada 5 Julai tahun ini, MyHSR Corp Sdn Bhd dan LTA akan menjalankan taklimat kedua sebagai persediaan bagi tender HSR.

"Taklimat kedua, yang dijadualkan pada 26 Sept, 2017, akan menyediakan maklumat terperinci mengenai aspek teknikal, komersial dan tadbir urus projek mengenai projek tersebut dan turut menjadi platform untuk berkongsi ciri-ciri utama projek itu dengan industri dan peserta yang berminat.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian dua hala bagi projek Rapid Transit System yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands pada Disember ini.

"Projek kereta api rentas sempadan ini penting berikutan ia memberi kelegaan kepada pengguna disebabkan tambak Johor yang sentiasa sesak, antara pusat pemeriksaan paling sibuk di dunia yang memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia dan Singapura, tetapi juga ramai warga asing," katanya.

Sidang kemuncak selama dua hari itu, bermula hari ini, membincangkan mengenai cabaran dan peluang dalam pembinaan kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi di Asia berdasarkan kejayaan negara lain. - BERNAMA



Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain