Bagaimanapun, pertumbuhan itu melepasi jangkaan yang dibuat undian Reuters sebelum ini dengan menjangkakan pertumbuhan pada 4.3 peratus dengan mengambil kira penggunaan dan permintaan global yang lemah disebabkan perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan Malaysia akan mencatat pertumbuhan antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Yunus berkata, pada suku pertama tahun ini, aktiviti sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan penggunaan swasta yang kukuh.

Katanya, dari segi penawaran, sektor utama terus berkembang, kecuali sektor perlombongan disebabkan oleh penurunan pengeluaran minyak dan gas asli susulan penutupan loji pengeluaran yang tidak dirancang.

Sektor

“Pertumbuhan sektor pertanian yang meningkat semula pada suku tersebut iaitu 5.6 peratus selepas mencatat pertumbuhan negatif bagi tiga suku berturut-turut. Ini disebabkan oleh pemulihan hasil minyak sawit yang kukuh telah memberi dorongan tambahan kepada pertumbuhan.

“Berdasarkan pelarasan bermusim suku tahunan, ekonomi negara meningkat 1.1 peratus,” katanya dalam pembentangan KDNK suku pertama 2019 di sini hari ini.

Pada suku berkenaan, sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan 6.4 peratus manakala pembuatan berkembang 4.2 peratus.

Inflasi utama seperti yang diukur oleh perubahan peratusan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna menyusut 0.3 peratus disebabkan harga bahan api domestik yang lebih rendah.

Lebihan akaun semasa juga meningkat RM16.4 bilion pada suku pertama, tertinggi sejak suku pertama 2014 (RM19.8 bilion).

Hutang luar Malaysia pada suku itu juga berjumlah RM903.7 bilion atau 59.5 peratus daripada KDNK setakat akhir Mac 2019 berbanding RM924.9 bilion atau 63.9 peratus pada suku sebelumnya.

Ringgit

Mengenai prestasi ringgit, Nor Shamsiah berkata, ringgit menambah nilai pada suku pertama sebanyak 1.4 peratus berbanding dolar AS ini didorong oleh aliran masuk portfolio bukan pemastautin berjumlah RM13.5 bilion.

Bagaimanapun, katanya sejak April, ringgit menyusut nilai sebanyak 2.2 peratus berbanding dengan dolar AS (direkodkan setakat pada 15 Mei), sejajar kebanyakan mata wang serantau.

“Tekanan penyusutan nilai baru-baru ini mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati dalam pasaran kewangan global berikutan prospek pertumbuhan global yang bertambah lemah serta ketidakpastian mengenai perkembangan geopolitik dan perdagangan global,” katanya.

Pelaburan

Menurut beliau, portfolio pelaburan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM2.1 bilion berbanding RM5.8 bilion aliran keluar bersih pada suku keempat 2018.

“Pada suku semasa, sentimen pelabur terhadap rantau ini semakin meningkat berikutan isyarat Rizab Persekutuan untuk menangguhkan dahulu normalisasi dasar monetari dan perkembangan positif rundingan dagangan antara AS-China.

“Ini mencerminkan pemulihan dalam pelaburan portfolio bukan residen yang mencatat peningkatan RM13.5 bilion aliran masuk bersih berbanding aliran keluar bersih, RM2.5 bilion pada suku sebelumnya,” katanya.

Suku pertama 2018:

5.3%

Unjuran penganalisis:

4.3%

Hutang luar Malaysia

RM16.4 bilion

RM903.7 bilion

Lebihan akaun semasa

Ringgit

Menambah nilai

1.4%

Aliran masuk bersih:

Prestasi suku pertama

2019

RM2.1 bilion