Menurut RAM Ratings, perkembangan terbaharu ke­te­gangan global adalah negatif kepada ketidaktentuan pertumbuhan global, tambahan pula, perlindungan dagangan dan penggunaan kedua-dua halang­an tarif dan bukan tarif sebagai alat run­dingan telah merebak ke rantau lain.

Katanya, ini termasuk perselisihan antara Jepun dan Korea Selatan yang juga membawa kesan negatif terhadap prospek perdagangan global.

“Pertumbuhan pelaburan swasta telah menerima kesan akibat daripada ketidaktentuan tetapi sokongannya muncul disebabkan lenco­ngan dagangan yang positif se­perti ditunjukkan melalui aktiviti pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan infrastruktur selepas kerajaan membuat kajian semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Bank Negara Malaysia mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.9 peratus pada suku kedua 2019, lebih baik berbanding 4.5 peratus yang direkodkan tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, MIDF Research mengunjurkan Malaysia akan mencatat pertumbuhan pada 4.8 peratus tahun ini dan terus berkembang sederhana didorong perbelanjaan domestik dan prestasi perdagangan luar yang kukuh

“Kami melihat momentum yang terus berkembang dengan permintaan domestik kukuh, kesan OPR yang rendah, pasaran pekerjaan yang stabil, tekanan inflasi yang rendah dan harga komoditi akan kembali pulih tahun ini,” katanya.

Petang ini, Bursa Malaysia ditutup di bawah paras 1,600 mata selepas susut 1.07 mata kepada 1,599.22 mata. Ringgit pula mengukuh kepada RM4.1800 berbanding dolar AS ketika ditutup petang ini, daripada RM4.1910 semalam.

habisss//