KUALA LUMPUR 15 Jan. - Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti melaksanakan garis panduan untuk mengawal selia penawaran dan perdagangan aset digital merupakan satu pendekatan yang betul dan berhati-hati bagi memastikan pengguna dilindungi.

Ketua Ekonomi World Bank Group, Richard Record berkata, ini kerana gangguan teknologi telah membawa banyak peluang bagi negara-negara membangun tetapi ia juga boleh mendatangkan risiko terutamanya dalam pasaran kewangan.
“Sebarang bentuk gangguan teknologi hari ini membawa banyak peluang untuk negara-negara membangun termasuk Malaysia tetapi ia juga berisiko. Jadi penting untuk mempunyai peraturan pengawalseliaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE