Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM22.82 bilion daripada RM25.92 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam ia berkurangan kepada RM7.9 bilion daripada RM12.43 bilion.

Terdahulu, BNM mengadakan dua tender pasaran wang konvensional dan satu tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA).

BNM juga telah menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM21.9 bilion kepada RM22.3 bilion.

Pada pukul 4 petang, bank negara menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM22.3 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM7.9 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam sebanyak 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada pada 3.03, 3.07 dan 3.12 peratus. - BERNAMA