Lebihan dalam sistem konvensional merosot kepada RM24.40 bilion daripada RM25.28 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam ia berkurangan kepada RM13.41 bilion daripada RM19.98 bilion.

Terdahulu, BNM mengeluarkan tiga tender pasaran wang konvensional, tender Qard lelongan matang pelbagai Islam dan satu tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM22.3 bilion kepada RM23.6 bilion.

Pada pukul 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM23.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM13.4 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua, dan tiga minggu, masing-masing pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA