Pengarah Kawalan Pembiayaan Perancangan dan Bajet AIM, Mohd. Ramdani Kassim berkata, berdasarkan pembayaran yang baik itu, AIM hanyamerekodkan nisbah Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) sebanyak 1.5 peratus iaitu di bawah standard antarabangsa sebanyak 2 peratus.

“Kita terus merekodkan pembayaran pinjaman terbaik yang mana tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Perak merekodkan pembayaran pinjaman 100 peratus.

“Kejayaan ini adalah atas usaha berterusan yang mana kita bukan sahaja memberikan pinjaman tetapi memantau serta memberikan bimbingan dan latihan berterusan kepada peminjam,” katanya dalam sidang akhbar pada program Himpunan Usahawan dan Seminar Jaminan Keselamatan dan Halal AIM Wilayah Pahang Barat di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Yang hadir sama.Pengarah Operasi AIM Zon Tengah, Che Mahdi Idris; Pengurus AIM Wilayah Pahang Barat, Hisamuddin Sulaiman dan Pengurus AIM Wilayah Pahang Timur, Norhaliza Dolah.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 usahawan AIM itu turut diserikan dengan kehadiran Datuk N. D. Lala yang menjayakan program motivasi. - UTUSAN ONLINE