Dalam laporan yang dikeluarkan hari ini, ia berkata, pertumbuhan tahun ke tahun dipacu oleh produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (7.4 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (5.9 peratus) dan produk peralatan elektrik dan elektronik (5.8 peratus).

“Jumlah pekerja sektor pembuatan bagi Julai 2019 ialah 1.09 juta, meningkat 1.3 peratus tahun ke tahun atau 13,453 orang berbanding 1.06 juta pekerja sebelum ini,” katanya.

Menurut laporan itu, gaji dan upah yang dibayar berjumlah RM4 bilion pada bulan itu, naik 3.4 peratus tahun ke tahun atau RM131.9 juta.

“Nilai jualan per pekerja meningkat 4.7 peratus tahun ke tahun kepada RM68,193. Purata gaji dan upah setiap pekerja berjumlah RM3,681,” katanya. - BERNAMA