Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin (gambar) da­­lam kenyataan berkata, bagi suku keempat 2018 (4Q18),Indeks Volum berkembang 8.1 peratus kepada 173.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, didorong oleh pengembangan perdagangan runcit sebanyak 11.8 peratus.

 

Bagi tempoh sama, Indeks Volum perdagangan borong dan kenderaan bermotor, ma­sing-masing turut merekodkan peningkatan 6.2 peratus dan 1.9 peratus.

“Bagi perbandi­ngan antara suku tahun, Indeks Volum Pelarasan Musim bagi perdagangan borong dan runcit me­ningkat 1.7 peratus berban­ding suku ketiga 2018, disumbangkan oleh subsektor perdaga­ngan borong dan perdagangan runcit ma­sing-masing sebanyak 2.6 peratus dan 1.5 peratus,” kata Mohd. Uzir.

Indeks Volum Pelarasan Musim bagi Kenderaan Bermotor menyusut 3.7 peratus bagi tempoh yang sama.

Nilai jualan perdaga­ngan borong dan runcit bagi 2018 naik 8.0 peratus kepada RM109 bilion bagi Disember 2018 berbanding tempoh sama pada 2017. – BERNAMA