Tahun lalu, kerajaan memutuskan untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar bermula 1 Jun hingga penghujung Ogos 2018 sebagai transisi perubahan kepada cukai jualan dan per­khidmatan (SST).

Menurut laporan portal The Edge Markets, data Persatuan Automotif Malaysia (MAA) me­nunjukkan jualan kenderaan pada Julai sebanyak 50,853 buah berbanding 68,466 kenderaan pada tempoh sama tahun lepas.

Secara asas bulanan, jualan kenderaan baharu secara ke­seluruhannya meningkat sebanyak 20 peratus atau 8,327 kenderaan berbanding Jun dise­babkan tempoh bekerja yang panjang.

Berdasarkan segmen pula, jualan kenderaan penumpang baharu susut 25 peratus tahun ke tahun pada Julai kepada 46,189 kenderaan sementara jualan kenderaan komersial merosot 36 peratus tahun ke tahun kepada 4,664 kenderaan.

Secara keseluruhannya pe­ngeluaran turun 11 peratus tahun ke tahun kepada 48,912 kenderaan berbanding 55,164 kenderaan bagi tempoh sama tahun lepas.

Setakat ini, jumlah jualan keseluruhan kenderaan merosot tiga peratus kepada 347,187 kenderaan daripada 358,065 kenderaan bagi tempoh sama 2018.