Beliau berkata, jumlah keseluruhan jualan meliputi kereta, motosikal dan kenderaan perdagangan pula ialah sebanyak 1.1 juta unit pada tahun lalu.

“Ini merupakan indikator bahawa situasi ekonomi negara bertambah baik. Semakin tinggi jualan kenderaan, ekonomi bertambah baik.

“Selain itu, sektor automotif telah menyumbang sebanyak empat peratus atau lebih RM30 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun lalu. Kami menyasarkan menjelang 2020, jumlah itu meningkat kepada 10 peratus,” ujar beliau semasa berucap merasmikan Autofest Kuala Lumpur 2016 di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd. Rahman.

Autofest Kuala Lumpur 2016 yang julung-julung kalinya dianjurkan dari 13 hingga 15 Mei lalu menawarkan kelainan kepada penggemar sektor automotif apabila turut mempamerkan kenderaan yang jarang ditemui di negara ini
Pameran tiga hari anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang berlangsung 13 Mei hingga 15 Mei yang lalu turut menampilkan beberapa model terhad seperti sebuah model Harley Davidson yang hanya dikeluarkan 900 unit sahaja di dunia ini.

Autofest Kuala Lumpur 2016 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini mempamerkan hampir 500 model kereta dan motosikal berkuasa tinggi daripada pelbagai jenama sama ada tempatan mahu pun antarabangsa.