Selain itu, pengumuman kerajaan dalam pembentangan Bajet 2019 baru-baru ini yang menyediakan subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik motosikal berkapasiti enjin 125 cc dan ke bawah turut mendorong pengguna beralih kepada jentera underbone.

Pada masa sama, motosikal berkuasa tinggi juga dijangka lebih ‘meriah’ dengan kema­sukan model-model baharu. Bagaimanapun, harga dijangka menentukan keputusan pengguna untuk membelinya.

Berikut adalah model-model yang dijangka laris atau menjadi pilihan rakyat di negara ini.

YAMAHA

NVX:

Yamaha NVX
 

* Enjin 150 cc, 4-lejang, penyejukan cecair.

* Model terbaharu ini diberi penambahbaikan pada sistem penyerap hentakan untuk tunggangan lebih selesa selain penampilan lebih sporty.

* 3 pilihan warna ditawarkan iaitu Race Blue (biru), Fiery Red (merah) dan Active Yellow (kuning).

* Harga RM9,988.


HONDA

PCX150:

Honda PCX 150
 

* Enjin 149.32 cc, silinder tunggal, penyejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 2 injap.

* Model terbaharu ini dikatakan lebih tertumpu kepada keselesaan penunggang seperti ruang simpanan di bawah tempat duduk diperluaskan.

* Jangkaan harga jualan RM11,000.


YZF-R25:

 

* Enjin 249 cc, 4-lejang, 8 injap, DOHC.

* Model ini diperbaharui dengan penampilan lebih agresif termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED) serta penyerap hentak depan dan belakang.

* 2 pilihan warna iaitu biru dan hitam.

* Jangkaan harga jualan RM21,000.


KAWASAKI

NINJA 250

Kawasaki Ninja 250
 

* Enjin 249 cc, 4-lejang kembar selari, penyejukan cecair, DOHC, 8 injap.

* Sesuai untuk mereka yang mahu upgrade kepada motosikal berkuasa tinggi.

* Harga jualan RM23,071.


F850 GS

BMW F850GS
 

* Model ini menggantikan F800 GS yang banyak digunakan dalam pengembaraan dan off-road.

* Model terbaharu ini masih mengekalkan ciri-ciri ikonik GS, cuma diberi penambahbaikan dari segi keselesaan penunggang seperti tempat duduk dan perisai angin.

* Harga jualan RM79,500.


HONDA

MONKEY

Honda Monkey
 

* Enjin 124.89 cc, silinder tunggal, penyejukan udara, 4-lejang, DOHC, 2 injap.

* Model ini mempunyai peminat tersendiri di seluruh dunia dan dijangka dibeli oleh golongan tersebut sama ada sebagai koleksi peribadi atau kegunaan harian.

* Harga jualan RM10,499.