Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor, Khoo Kah Jin berkata, kes penipuan melibatkan jualan kereta secara atas talian semakin serius memandangkan tiada pemantauan khusus daripada pihak berwajib.

“Banyak aduan dan laporan polis sudah dibuat oleh mangsa serta syarikat-syarikat pengedar kereta mengenai isu ini tapi kes penipuan masih berlaku, malah ada yang terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit.

“Pengguna juga perlu peka dengan sebarang tawaran yang dibuat termasuk mengetahui harga pasaran kereta yang hendak dijual dan butiran lain bagi mengelakkan anda jadi mangsa penipuan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE