Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ISG: MAHB sedia pertimbang perkongsian baharu

MAHB
Tan Sri Datuk Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (duduk tujuh dari kiri) dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali (duduk enam dari kiri) bergambar bersama pesara selepas majlis anugerah khidmat setia 2017 di Hotel Sama-Sama KLIA di sini hari ini.-UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN Tan Sri Datuk Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (duduk tujuh dari kiri) dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali (duduk enam dari kiri) bergambar bersama pesara selepas majlis anugerah khidmat setia 2017 di Hotel Sama-Sama KLIA di sini hari ini.-UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

SEPANG 18 Mei - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) sedia mempertimbangkan penglibatan rakan kongsi baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokchen (ISG), Turki dalam usaha memberi nilai tambah kepada lapangan terbang tersebut.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, pihaknya terbuka dan tidak menolak terhadap sebarang struktur perkongsian selagi rakan kongsi itu dapat memberi nilai tambah kepada lapangan terbang berkenaan.

Kata beliau, MAHB juga terbuka terhadap sebarang bentuk pegangan.

"Kita berfikiran bahawa lapangan terbang yang berkembang pesat seperti ISG sentiasa menarik minat banyak pihak jadi, kita akan melihat soal perkongsian ini.

"Sekarang, kita telah membuat pengumuman tentang peningkatan kapasiti ISG dari 33 juta kepada 41 penumpang justeru, rakan kongsi kita juga boleh memberi nilai tambah kepada perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Khidmat Setia Ke-15 di sini hari ini.

Sebanyak 525 warga kerja MAHB menerima Anugerah Khidmat Setia dengan 53 penerima bagi kategori 20 tahun dan 472 untuk kategori 10 tahun.

Yang turut hadir, Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

MAHB sebelum ini dilaporkan merancang untuk menjual kepentingan minoriti dalam syarikat yang mengendalikan lapangan terbang kedua terbesar di Turki.

Menurut sumber, syarikat itu dikatakan mencari pelabur untuk ISG dan merancang mengekalkan penguasaan dalam syarikat itu selain sedang berbincang dengan bank-bank untuk menjadi penasihat bagi perjanjian tersebut.

MAHB adalah konsortium yang memenangi kontrak bernilai 1.9 bi­lion euro (RM8.99 bi­lion) untuk mengendalikan lapangan terbang itu pada tahun 2007.

Pada 2013, syarikat itu telah bersetuju untuk meningkatkan pegangan dalam ISG sebanyak 60 peratus dengan membeli 40 peratus kepentingan GMR Infrastructure Ltd. sebanyak 225 juta euro (RM1.06 bilion).

Ia juga memiliki baki 40 peratus kepentingan dari Limak Holding pada tahun 2014 pada harga 285 juta euro (RM1.3 bilion).-UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain