KUALA LUMPUR 16 JULAI 2019 - Temubual Ceo of The iMoney Group,Mitul Lakhani selepas pelancaran of BM Credit Score Tool and#Jomskor Campaign di Wisma UOA Damansara II,Bukit Damansara di sini, hari ini. GAMBAR : AZLAN HADI ABU BAKAR / PEMBERITA : SHAHIZAM (MEJA EKONOMI UTUSAN)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMoney, Mitul Lakhani berkata, syarikat memperkenalkan versi Bahasa Malaysia dan kempen #JomSkor bertujuan untuk memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menyemak skor kredit mereka dan mengambil langkah sewajarnya bagi mendapatkan skor kewangan yang sihat.

Katanya, kempen #JomSkor bermula hari ini hingga akhir Ogos.

“Alat CreditScore iMoney menawarkan pengguna dengan gambaran ringkas dan percuma tentang kedudukan kewangan mereka. Ia juga memberikan nasihat peribadi tentang cara bagaimana memperbaiki tahap skor kredit dan memperoleh penjimatan daripada produk kredit.

“Sementara itu, #JomSkor merupakan kempen yang dibina di sekitar meter digital dan akan membuka kunci hadiah apabila pendaftaran CreditScore iMoney mencapai jumlah tertentu. Hadian yang disediakan termasuk Apple iPad Air, Nintendo Switch, Charge Fitbit, e-baucar Lazada dan Tealive serta kemeja-T dan payung edisi terhad,” katanya dalam Majlis Pelancaran CreditScore iMoney = versi Bahasa Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE