Anggota Lembaga Pengarah MTDC, Datuk Khoo Boo Seng berkata, hab di Sarawak itu akan dihubungkan dengan pusat usahawan yang lain di Universiti Putra Malaysia (pusat Teknologi UPM-MTDC) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MTDC) di Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Sabah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan IR4.0 di negeri itu.

“Kami perlu bekerjasama dan membina pakatan serta perkongsian strategik supaya boleh membangunkan industri 4.0 sendiri.

“Bakat tempatan akan menjadi faktor penting dalam membuka platform industri 4.0 di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Boo Seng, pusat itu akan dilengkapi dengan alat dan peralatan yang diperlukan untuk membolehkan pembangunan konsep dan prototaip iaitu sebahagian kecil daripada penyelesaian kos import.

“Ia juga akan membolehkan MTDC mengenal pasti bakat tempatan, penciptaan dan pembangunan usahawan teknologi bagi industri 4.0,” katanya. - UTUSAN ONLINE