Ketua Pengurus Grab Malaysia, Sean Goh berkata, dengan pertambahan tempahan dalam satu perjalanan, pemandu dapat meningkatkan pendapatan mereka dengan menghantar pelanggan berbeza ke destinasi dalam satu laluan yang sama.


“GrabShare akan memadankan destinasi pelanggan dengan laluan yang sama dengan pemandu paling hampir untuk melaksanakan kerja tersebut. Kami menetapkan hanya dua tempahan sahaja dibenarkan dan tidak lebih daripada itu,” katanya dalam majlis pelancaran GrabShare di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE