Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, pengenalan Susu Kurma Dipastur Goodday itu merupakan hasil daripada kejayaan Susu UHT Kurma Goodday yang diperkenalkan pertengahan tahun lalu.

“Sambutan yang positif daripada pengguna telah memberi inspirasi kepada kami untuk memperluaskan varian ini ke dalam rangkaian susu pastur Goodday sekali gus memberi kita peluang untuk memenuhi permintaan pengguna yang berbeza di pasaran.

“Tambahan pula susu Goodday telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia sejak 50 tahun lalu. Oleh itu, kami amat berbesar hati berkongsi Susu Kurma Dipastur Goodday yang baharu dilancarkan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas T. Sundaram, Susu Kurma Dipastur Goodday lengkap dengan manfaat nutrisi daripada ekstrak kurma sebenar dan mengandungi kebaikan serta nutrien yang sama seperti produk susu lain keluarannya.

Antara nutrien yang terdapat dalam Susu Kurma Dipastur Goodday adalah protein, kalsium, vitamin D, B2 dan B6 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

“Pelanggan juga akan gembira apabila mengetahui dengan Susu Kurma Dipastur Goodday mengandungi jumlah kalsium lebih tinggi untuk kesihatan tulang yang lebih baik, menjadikan susu ini lebih enak dan lazat,” katanya.

Beliau berkata, selain itu rasa semula jadi kurma me­ningkatkan lagi rasa enak susu dipastur Goodday.

“Susu Kurma Dipastur Goodday kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan runcit di seluruh negara dalam dua saiz iaitu 300 mililiter dan 1 liter,” katanya.