Namun, atas minat yang mendalam dalam dunia perniagaan dan keyakinan tinggi terhadap produk yang dihasilkan, Yuzlifah Mohammed Yusoff, 54, nekad mencabar diri memperkenalkan produk minuman kopi pracampuran, Gojezglam.

Menurut anak jati Pulau Pinang itu, dengan permulaan modal kira-kira RM100,000 beliau mengambil masa hampir setahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk kopinya tersebut sebelum benar-benar yakin memasarkannya di bawah syarikat Gojezglam Resources.

Katanya, apa yang membezakan produk kopi campurannya itu dengan produk serupa di pasaran adalah kandungan bahan-bahannya yang berkualiti tinggi khususnya kopi yang digunakan iaitu jenis arabika.

Selain itu, tambah beliau, kopi pracampuran Gojezglam juga mengandungi pelbagai nutrien seperti pribiotik frukto oligokasarida; ekstrak 'garcinia camborgia', habatus sauda, daun senna dan kopi hijau selain bijirin serat tinggi.

Tambahnya, kesemua nutrien itu sudah dibuktikan mampu memberikan tenaga sampingan dan digunakan secara meluas dalam produk berasaskan sokongan kesihatan bertaraf antarabangsa.

"Dengan kelebihan nutrien itu, mereka yang mengambil kopi pracampuran Gojezglam ini akan akan mendapat tenaga tambahan harian serta tidak mudah berasa lapar sekali gus membantu mereka yang berusaha untuk kekal sihat dan menurunkan berat badan.

"Paling utama, rasa kopi itu sendiri sangat istimewa dan sesuai diminum oleh semua peringkat usia selain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Yuzlifah, apa yang paling penting juga adalah produknya itu sudah mendapat kelulusan dan pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala kilang pemprosesannya di Sungai Petani, Kedah turut diiktiraf dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Katanya, ketika ini juga, pihaknya mengeluarkan antara 8,000 hingga 10,000 kotak kopi Gojezglam sebulan termasuk dipasarkan sehingga ke United Kingdom (UK) selain sedang mengintai pasaran negara jiran iaitu Indonesia; Singapura dan Brunei.

Tambahnya, dalam usaha memperluaskan lagi pasaran produk itu selain dengan matlamat membantu orang ramai khususnya suri rumah menambah pendapatan, beliau kini membuka peluang untuk mereka menjadi ejen atau stokis bagi produk tersebut.

Katanya, berkonsepkan rangkaian perniagaan secara online, pelbagai ganjaran menarik seperti bonus tunai serta latihan dan bimbingan sebagai usahawan akan disediakan kepada mereka yang berminat.

Jelasnya, ketika ini, pihaknya mempunyai kira-kira 50 ejen dan stokis di seluruh negara dengan ada daripadanya berjaya meraih pendapatan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dengan hanya beroperasi di rumah atau secara sambilan.

"Sasaran saya adalah untuk melahirkan seramai 15 jutawan setahun menerusi strategi dan konsep pemasaran yang sedang kami usahakan ini.

"Ketika ini juga, kita mempunyai beberapa produk lain di bawah jenama Gojezglam Resources yang sedang dalam peringkat R&D untuk diperkenalkan dalam masa terdekat sekali gus memperluaskan lagi perniagaan kami," katanya.

Tambah Yuzlifah, mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan konsep perniagaan Gojezglam itu boleh menghubungi talian 013-3739575 atau melayari laman web www.gojezglam2u.com. - UTUSAN ONLINE