Sehubungan itu, SC berkata, aktiviti ICO yang sedang berjalan perlu diberhentikan dan mengembalikan semua wang atau aset digital yang telah dikumpulkan daripada pelabur.

Katanya, tidak ada sesiapa boleh melaksanakan ICO tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada SC.

“SC juga tidak membenarkan pengendali platform aset digital untuk menerima pelabur baharu dalam tempoh peralihan sehingga 1 Mac 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE