Ivan Teh
Ivan Teh 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh berkata, melalui kontrak pelbagai tahun dan berjuta-juta dolar, Fusionex akan menyediakan platform tersebut kepada pelanggan khusus dalam menjana bahan api dan tenaga yang memacu pelbagai industri dan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, platform itu bertujuan membantu pelanggan memahami dengan lebih baik dan terlibat dengan asas pelanggannya.

“Ia akan menyasarkan kepada pelanggan berdasarkan corak penggunaan dan pembelian, profil demografi dan parameter lain.

“Dengan meningkatkan platform libat urus pelanggan mereka melalui AI dan Pembelajaran Mesin, pelanggan akan mendapat pandangan yang membolehkan mereka memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA