Pengarah Urusan Fusionex bagi Teknologi Baharu, Jacob Isaac berkata, Fusionex telah membina suite penyelesaian Analisis Data Raya (BDA) gergasi yang disesuaikan untuk PKS pada GCP.

“Kerjasama ini akan menyaksikan pelaburan bersama dari kedua-dua syarikat, memperkasakan PKS untuk mengambil inisiatif BDA, AI dan IR4.0,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GCP membolehkan pelanggan membina, menguji dan menggunakan aplikasi pada infrastruktur yang sangat berskala dan boleh dipercayai dengan penawaran meliputi penyimpanan, rangkaian, data, analisis, pembangunan aplikasi dan peranti pembelajaran mesin dan API.

Sebagai Rakan Perkhidmatan Google Cloud, Fusionex turut menawarkan program latihan dan perkhidmatan perundingan untuk PKS, sekaligus membolehkan mereka membina kecekapan mereka di sekitar GCP untuk memajukan perniagaan mereka.

Suite penyelesaian Fusionex membolehkan perniagaan mengambil peluang daripada trend data organisasi dan pasaran tanpa perlu bimbang tentang kerumitan teknikal bagi pengekodan atau teknologi dasar. - BERNAMA