Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ekonomi Malaysia berkembang 4.5% suku keempat

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 berban­ding 4.3 peratus suku sebelumnya, disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta.

 

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), dari segi penawaran, pertumbuhan terus dipacu oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Jelas bank pusat itu, berdasarkan asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi negara mencatat pertumbuhan mampan sebanyak 1.4 peratus.

“Pada suku keempat, penggunaan swasta meningkat 6.2 peratus disokong oleh pertumbuh­an upah dan guna tenaga yang berterusan dan pelaburan swasta mencatat peningkatan 4.9 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku sebelumnya, berikutan perbelanjaan modal yang berte­rusan dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelas BNM, nilai ringgit dan semua mata wang utama dan serantau menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku keempat didorong terutamanya oleh aliran keluar pelaburan portfolio daripada ekonomi sedang pesat membangun dalam keadaan ketidakpastian yang berbangkit daripada keputusan pilihan raya Presiden AS.

“Namun, ringgit bersama-sama mata wang serantau, mulai stabil menjelang akhir suku keempat apabila pasaran kewang­an global semakin stabil. Pelaksanaan langkah-langkah untuk membangunkan dan menangani ketidakseimbangan yang sema­kin nyata dalam pasaran pertukaran asing domestik dan harga minyak mentah dunia yang lebih kukuh juga menjadikan pasaran pertukaran asing domestik lebih stabil menjelang akhir suku tersebut,” jelas bank pusat itu.

Tambah BNM, sistem kewa­ngan Malaysia kekal berdaya tahan meskipun terdapat ketidakpastian global terhadap pelarasan dasar dalam ekonomi-ekonomi utama.

Menurutnya, permodalan sistem perbankan kekal kukuh dengan mudah tunai yang lebih daripada mencukupi untuk menyokong keperluan pembiayaan perniagaan dan isi rumah.

“Dengan pelarasan berterus­an oleh perniagaan dan isi rumah terhadap prospek ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat, penampan kewangan ini akan menyokong daya tahan institusi kewangan.

“Melangkah ke hadapan, perkembangan luaran akan terus menambah tekanan terhadap turun naik pasaran kewangan domestik. Ini termasuk meningkatnya ketidakpastian terhadap perkembangan politik dan pertumbuhan dalam ekonomi utama selain harga komoditi yang tidak menentu.

“Namun, kestabilan sistem kewangan domestik dijangka terus terpelihara memandangkan ins­titusi kewangan mempunyai kapasiti menyerap kerugian dengan sokongan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh,” jelasnya.

Menurut BNM lagi, ekonomi global dijangka bertambah baik namun terus berada pada landasan pertumbuhan yang sederhana.

“Meskipun persekitaran lua­­ran akan terus mencabar, ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuhan yang mampan dengan pemacu utamanya ialah permintaan dalam negeri,” jelasnya.­­

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain