Sebelum ini beliau merupakan CEO dana modal teroka Cradle Seed Ventures.

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dalam kenyataannya berkata, Dzuleira membawa bersama pengalaman dalam ekosistem teknologi tempatan yang akan memberi manfaat kepada syarikat permulaan teknologi yang sedang pesat berkembang.

Katanya, sebagai pelabur dana modal aktif, beliau merupakan lembaga pengarah di beberapa syarikat permulaan teknologi selain menjadi anggota majlis Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom).

“Beliau juga pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta di pelbagai industri berkaitan teknologi dan inovasi,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MED turut mengumumkan barisan Lembaga Pengarah baharu MaGIC termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Strategi Keusahawanan) kementerian, Dr. Anis Mahmud; CEO Go Shop, Astro Malaysia Holdings Bhd., Dr. Grace Lee Hwee Ling dan Ketua Pegawai Strategi Malaysia Airports Holdings Bhd., Azli Mohamed.

Turut dilantik adalah Pengarah Eksekutif Eastern Distinction Sdn. Bhd., Datuk Abdul Malik Baba; Pengerusi Pikom, Ganesh Kumar Bangah; Pengasas EPIC Collective, John-Son Oei dan perunding Melewar Bhd., Tariq Ismail Mustafa.

Bagaimanapun, MED berkata, pelantikan mereka bergantung kepada kelulusan muktamad pihak berkaitan. - UTUSAN ONLINE