Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak telah disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan DPMMNS Ke-42 di Hotel Palm di sini.


DPMMNS diwakili Yang Dipertuanya, Abdul Rahman Yaakub manakalaLeVida.my diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Yapri Kamaruzaman Kushairi


Melalui kerjasama itu, LeVida.my akan menyediakan portal alam maya bagi mempromosi produk manakala DPMMNS membantu dalam mencari usahawan untuk menggunakan platform perniagaan dalam talian yang disediakan. - UTUSAN ONLINE