Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chung Chee Leong berkata, terbitan itu menjadikan kertas korporat konvensional tertunggak syarikat meningkat kepada RM1.05 bilion.

Katanya, jumlah tersebut mewakili 16 peratus daripada bon mata wang tempatan jangka pendek keseluruhan di peringkat domestik.

“Penetapan harga CCP menerusi tawaran awam mewakili langkah pembinaan nilai perolehan pertama syarikat bagi tahun ini yang telah menerima maklum balas menggalakkan oleh nisbah bidaan kepada terbitan (BTC) lebih tiga kali ganda.

“Harga CCP adalah kompetitif iaitu pada kadar terendah panduan harga permulaan dan tujuh mata asas lebih rendah daripada tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR). Tempahan diterima daripada pelbagai kumpulan pelabur termasuk institusi kewangan dan syarikat insurans,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kertas berkenaan akan ditebus pada nilai nominal penuh selepas tempoh matang, adalah tanggungan tidak bercagar syarikat, berada di kedudukan setara (pari passu) dalam kalangannya dan semua tanggungan tidak bercagar sedia ada syarikat. - UTUSAN ONLINE

HABIS...