Angka yang dikemas kini meningkat daripada ramalan tahun sebelumnya iaitu seba­nyak RM166 bilion disebabkan peningkatan besar dalam khid­mat penyewaan semasa bercuti, penghantaran makanan, langganan muzik dan video atas permintaan dalam talian.

Kajian itu turut meramalkan ekonomi internet di Asia Tenggara akan mencecah nilai dagangan kasar (GMV) RM299 bilion pada 2018. Sebahagian besar akan dikuasai oleh sektor e-dagang bernilai RM423 bilion menjelang 2025.

Tetapi untuk mencapai matlamat itu, kajian mendapati kumpulan tenaga kerja bagi ekonomi dalam talian yang le­bih besar akan diperlukan untuk merealisasikan potensi penuh industri tersebut.

Oleh itu, kami menjalankan kajian untuk menganalisis tenaga kerja e-dagang dan melihat jika Asia Tenggara dapat mencapai potensi RM996 bilion. Untuk memperoleh hasil ini, kami menganalisis data pekerja dan trend pekerjaan daripada pengguna e-dagang terbesar di Asia Tenggara berdasarkan data peta data e-dagang suku ketiga 2018.

Kajian ini dijalankan melalui LinkedIn dan meliputi negara-negara seperti Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Filipina.

Pertumbuhan tenaga kerja

Kami juga menganalisis trend pekerjaan pengguna e-dagang utama Asia Tenggara dan mendapati tenaga kerja terbesar meningkat secara purata kepada 808 pekerja pada setiap suku tahun antara suku keempat 2016 dan suku ketiga 2018.

Kadar pertumbuhan dalam sektor e-dagang jauh lebih tinggi berbanding purata industri yang diramalkan oleh Google dan Temasek bahawa tenaga kerja ekonomi internet perlu berkembang kepada 10 peratus untuk mencapai potensi sepenuhnya. Ini adalah tanda positif kerana syarikat digital biasanya menghadapi kesukaran dalam mencari calon yang sesuai.

Dalam hal ini, eCommerceIQ telah menjalankan kaji selidik mengenai isu pekerjaan dalam e-dagang dan jurucakap Facebook Indonesia dipetik berkata:”Ada banyak calon hebat di luar sana. Masalahnya, setiap kali proses pengambilan dibuat, soalan temu duga adalah tidak masuk akal dan penyelia tidak memilih calon yang baik.”

Bagi menyokong tuntutan ini, ia menyaksikan peningkatan tenaga kerja di Shopee sebanyak 176 peratus dalam tempoh dua tahun daripada 1,384 kepada 3,831 pekerja menjelang suku ketiga 2018. Pertumbuhan Shopee bermakna ia telah me­ngupah purata tiga pekerja sehari dalam tempoh dua tahun.

Perkembangan besar-besar­an syarikat tersebut dilaksanakan apabila syarikat induknya SEA (sebelum ini dikenali sebagai Garena) meraih nilai lebih daripada RM2 bilion antara 2016 dan 2018 dengan meraih tambahan RM2 bilion selepas penyenaraian di New York Stock Exchange pada 2017.

Pemain industri

Pemain lain dalam e-dagang seperti Lazada, Tokopedia dan Bukalapak, juga me­nyaksikan peningkatan dalam jumlah tenaga kerja mereka. Bagaimanapun, ia berbeza de­ngan Zalora yang melakukan pengurangan daripada 1,859 kepada 1,715 pekerja.

Pelaburan besar SEA terhadap Shopee dapat dilihat secara jelas dalam keputusan kewa­ngan baru-baru ini apabila melaporkan kehilangan hasil suku ketiga yang lebih besar pada peningkatan pelaburan dalam unit e-dagangnya.

Walau bagaimanapun, Shopee mendapat manfaat daripada pelaburan kerana mereka meng­atasi lebih ramai pemain berpengalaman dalam industri untuk tempoh masa yang singkat dan menjadi pesaing terdekat Lazada di rantau ini.

Shopee juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang perlahan dalam kadar pengambilan pekerja. Di antara semua kekosongan jawatan yang disediakan oleh pemain e-dagang di rantau ini, lebih daripada 62 peratus pekerjaan disediakan oleh Shopee diikuti Lazada, 19 peratus dan Bukalapak, empat peratus.

Walaupun berhadapan de­ngan banyak persaingan daripada Shopee, Lazada tetap tidak dapat bertahan dengan bilangan kakitangan tertinggi iaitu 6,659 pekerja aktif di Asia Tenggara.

Sebagai pemain yang mantap, Lazada masih berterusan melabur dalam mengupah pekerja baharu hingga menyaksikan 19 peratus kekosongan jawatan daripada pemain e-dagang teratas di Asia Tenggara datangnya menerusi Lazada.

Bakat industri digital

Mengikut kajian kami juga, jabatan yang mempunyai jumlah pekerja tertinggi adalah operasi dan pemasaran manakala di tempat ketiga sehingga keenam adalah sektor kejuruteraan dan teknologi maklumat (IT).

Menurut kajian pasaran, cabaran sebenar apabila melantik golongan profesional yang berkemahiran tinggi dalam bahagian teknikal seperti kejuruteraan perisian, pemasaran digital, sains data dan pemasaran produk.

Pada minggu hadapan, saya akan berkongsi mengenai cadangan tentang melatih tenaga kerja e-dagang yang mesti dilakukan bagi mengatasi masalah kakitangan.

Jeremy Chew adalah Ketua Pemasaran Kandungan di iPrice Group Malaysia.