Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.17 mata kepada 1,667.20 daripada 1,672.37 pada penutupan Isnin.

Indeks bergerak antara 1,666.46 dan 1,672.47 sepanjang sesi pagi.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 426 berbanding 298, manakala 388 kaunter tidak berubah, 743 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.76 bilion saham bernilai RM945.6 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam notanya berkata kedudukan pasaran global kini semakin berbeza dan kurangnya petunjuk baharu untuk menentukan arah tuju pasaran.

“Trend pengukuhan FBM KLCI masih berlaku selepas berada dalam kedudukan terlebih beli, namun menyaksikan sedikit sokongan semalam. Ini boleh meneruskan sedikit pemulihan dalam jangka masa terdekat dan dilihat mampu membuat pemulihan kecil selepas penurunan baru-baru ini,” katanya hari ini.

Kerugian di kaunter wajaran tinggi diketuai oleh TNB apabila sahamnya susut 20 sen kepada RM13.68, Digi turun enam sen kepada RM4.99, Maxis susut lima sen kepada RM5.63, Petronas Chemicals merosot empat sen kepada RM8.32 manakala Axiata tiga sen lebih rendah kepada RM5.16.

Bagi saham rugi, F&N susut 24 sen kepada RM34.24, Nestle turun 20 sen kepada RM147.80, KLK susut 16 sen kepada RM24.04 manakala Magni turun 15 sen pada RM5.18.

Indeks FBM Emas merosot 24.17 mata kepada 11,843.26 dan Indeks FBMT 100 turun 23.98 mata kepada 11,666.92.

Indeks FBM Emas Shariah turun 36.48 mata pada 12,234.15, namun FBM Ace meningkat 2.6 mata kepada 4,698.24 manakala FBM 70 menambah 18.73 mata kepada 14,927.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 14.84 mata kepada 16,620.69 dan Indeks Perladangan merosot 15.52 mata kepada 6,885.90 manakala Indeks Produk (amp) Perkhidmatan Perindustrian turun 0.45 mata pada 160.41. -BERNAMA